Halaman

Selasa, 25 Disember 2007

Bagaimana rupa iblis?

Diriwayatkan apabila Allah s.w.t telah melaknat iblis kerana kesombongannya tidak menurut perintah Allah sujud kepada nabi adam a.s maka wajahnya yang asal indah bertukar bentuk menjadi babi hutan.

kepala iblis itu dikatakan seperti kepala unta. dadanya pula seperti punut unta besar(daging yang menonjol atas belakang unta). sementara wajah yang ada di antara kepala dan dada itu seperti wajah kera. kedua belah matanya pula terbelah pada permukaan wajahnya. lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam. kedua bibir iblis dikatakan seperti bibir lembu. taring-taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggutnya terdapat tujuh helai rambut yang panjang.

Allah telah mengusir iblis dari syurga, malah dari langit dan dari bumi. dan kebeberapa jazirah. iblis masuk ke bumi kecuali dengan cara bersembunyi (dengan ketentuan Allah jua). Allah s.w.t melaknatnya sampai hari kiamat.

dipetik daripada terjemahan kitab "Mukasyafatul Qulub" oleh Iman Al-Ghazali.

Tiada ulasan: