
"Wahai Aisyah, tinggalkanlah aku bersendiran malam ini agar dapat aku beribadah kepada Tuhanku dengan sepuas hatiku"kata Rasulullah s.a.w kepada Sayidatina Aisyah r.ha."silakanlah, wahai Rasulullah," jawab Ummul Mukminin Aisyah."
sebenarnya aku sangat suka berada di sisimu. dan aku juga suka melakukan perkara yang dapat mengembirakan hatimu," kata Rasulullah lagi.kemudian Rasulullah s.a.w pun bangkit dari perbaringan. selepas menyucikan diri dan berwuduk, baginda mulalah mengerjakan solat sunat. lama sekali Rasulullah bersolat. barangkali kerana keasyikan serta kehibaan hati yang tidak dapat ditahan, baginda teresak-esak menangis.Dalam duduk beristighfar dan bermunajat selepas solat pun tangisan Rasulullah masih belum reda. air matanya membasahi janggut dan menitis ke lantai. alangkah hebatnya kecintaan dan rindu Rasulullah kepada Allah s.w.t. setiap saat tidak pernah terlalai daripada mengingati Allah.Hampir menjelang subuh, datang Sayidina Bilal bersiap sedia untuk melaungkan azan. melihat ada bekas tangisan di wajah Rasulullah, Bilal berasa sebak. pasti itu bekas-bekas tangisan munajat baginda kepada Tuhannya. menghampiri Rasulullah, Bilal pun menyapa, "Wahai Rasulullah! Tuah menangiskah?.Tidak menunggu Rasulullah menjawb, Bilal menyambung lagi, "Sedangkan Allah s.w.t telahpun mengampuni kesalahan tuan yang awal dan yang akhir. Tuah tidak ada dosa.""Wahai Bilal!" ucap Rasulullah dengan lunak. "Apakah tidak boleh aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?".
PENGAJARAN
sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad s.a.w. kita hendaklah banyak berselawat ke atas junjungan baginda. Orang yang banyak berselawat kepada Nabi s.a.w berhak mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

